Investor News Updates
SEE OTHER BRANDS

Bringing you the latest news on finance and banking

Bitget Mengeluarkan Bukti Rizab bagi Ogos 2025, Mengekalkan Nisbah Rizab Sebanyak 188%

VICTORIA, Seychelles, Aug. 27, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka dunia, telah mengeluarkan laporan Bukti Rizab (PoR) bagi Ogos 2025, sekali gus menegaskan komitmennya terhadap ketelusan dan perlindungan pengguna. Menurut data terkini, Bitget mengekalkan tahap rizab yang jauh melebihi piawaian industri, dengan nisbah keseluruhan sebanyak 188% bagi aset utama.

Setakat 22 Ogos 2025, Bitget memegang 28,022.72 BTC dalam rizab berbanding 7,681.36 BTC dalam aset pengguna, mencerminkan nisbah rizab sebanyak 365%. Bagi USDT, bursa ini memegang 1,953,837,757.51 USDT berbanding 1,933,428,717.47 USDT dalam aset pengguna, memastikan nisbah rizab kekal sebanyak 101%. Rizab ETH Bitget kini mencecah 283,323.26 ETH, dua kali ganda daripada 141,470.62 ETH dalam aset pengguna, menandakan nisbah rizab yang kukuh sebanyak 200%. Bagi USDC pula. Platform ini menyimpan sebanyak 172,087,642.62 USDC, iaitu dua kali ganda daripada 86,012,252.81 USDC dalam aset pengguna, sekali lagi menunjukkan nisbah rizab sebanyak 200%. Peningkatan sebanyak 46% dalam rizab USDC Bitget berbanding bulan sebelumnya jelas mencerminkan kekuatan aset yang semakin kukuh serta keyakinan pengguna yang terus meningkat.

Angka-angka ini mengukuhkan lagi kedudukan Bitget sebagai salah satu platform paling telus dan selamat dalam industri, memandangkan ia secara konsisten mengekalkan lebih 100% daripada jumlah deposit pengguna bagi semua aset utama. Penerbitan berterusan laporan Bukti Rizab (PoR) oleh syarikat, yang disahkan melalui kaedah Merkle Tree, membolehkan pengguna menyemak baki akaun mereka secara bebas dan memastikan dana mereka sentiasa dilindungi sepenuhnya.

Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, berkata, "Di Bitget, ketelusan dan perlindungan pengguna bukan sekadar piawaian industri — ia adalah komitmen teras kami. Mengekalkan nisbah rizab sebanyak 188% merupakan sebahagian daripada misi berterusan kami untuk menyediakan platform yang selamat dan boleh dipercayai bagi pengguna global. Kami akan terus menetapkan penanda aras dalam melindungi aset, memberikan keyakinan kepada setiap pengguna untuk berdagang, melabur dan membina dalam ekosistem Web3 dengan jaminan bahawa dana mereka dilindungi sepenuhnya."

Dengan kemas kini bulan Ogos yang menunjukkan rizab kukuh merentasi semua aset utama, Bitget kekal menerajui bursa berpusat dalam menerbitkan Bukti Rizab yang bebas, boleh disahkan dan disokong oleh lebihan aset.

Untuk menyemak Bukti Rizab yang telah dikemas kini, sila layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/eeebcf82-8ddc-4f15-a960-2fe13816eda2


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions